02 December 2009

MAJLIS KORBAN KPSSU 2009

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi pegawai dan kakitangan nya pada hari Isnin, 30hb November 2009 yang baru lalu bertempat di kawasan lapang berdekatan bangunan Ibu Pejabat Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) di Jalan Beribi, Gadong.

Pada tahun ini, seramai 35 orang peserta yang terdiri dari warga kementerian berkenaan telah menyertai ibadah tersebut dimana sebanyak lima (5) ekor kerbau telah di korbankan.

Hadir menyempurnakan pengagihan daging-daging korban kepada asnaf-asnaf yang layak menerima serta kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan di bawah kementerian berkenaan ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Awang Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Hj Bakar. Turut hadir, Timbalan Menteri Perindustrian, Dato Paduka Hj Hamdillah Hj Abd Wahab, Dato Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya. Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) adalah penyelaras majlis pada tahun ini.

29 November 2009

TIGA EKOR KERBAU TUMBANG DI SENGKARAI

TUTONG/28 November 2009 - Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Kg Sengkarai, Tutong telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi para jemaah Balai Ibadah, penduduk-penduduk Kg Sengkarai, Kg Kandang, Kg Serambangun dan sekitarnya.

Pada tahun ini, sebanyak tiga ekor kerbau telah di korbankan dengan jumlah penyertaan seramai 21 orang. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pengagihan daging-daging korban kepada para peserta dan orang ramai pada majlis petang kelmarin ialah Ketua Kg Sengkarai, Awg Hj Momin bin Abd Razak.

Majlis telah di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Majlis Ibadah Korban yang juga Ketua Imam Balai Ibadat Kg Sengkarai, Tutong , Tuan Imam Hj Hamaffi bin Md Yassin. Antara lain beliau memaklumkan kepada hadirin yang Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Kg Sengkarai akan terus membukakan peluang kepada para jemaah dan penduduk-penduduk Kg Sengkarai, Kandang dan juga Serambangun yang ingin menyertai majlis ibadah korban yang akan datang dengan membuat pembayaran secara bulanan sehinggalah terkumpul jumlah penuh bagi setiap penyertaan iaitu di sekitar $260 - $300. Skim bayaran bulanan ini akan di bukakan segera bermula pada bulan Disember 2009 ini bagi musim yang akan datang.

28 November 2009

ROMBONGAN TAKBIR KE RUMAH-RUMAH

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SETIA BLOG INI. SEMOGA KITA SEMUA AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN KEBAIKAN YANG ADA PADA HARI YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN INI.

UNTUK SANTAPAN MATA DI HARI RAYA AIDIL ADHA YANG MULIA INI, DI SINI DI KONGSIKAN BERSAMA GAMBAR-GAMBAR DI MAJLIS TAKBIR KE RUMAH-RUMAH PARA JEMAAH.BALAI IBADAT KG.SENGKARAI, TUTONG BERMULA PADA MALAM RAYA ( JUMAAT ) DAN BERAKHIR PADA MALAM ISNIN ( AHAD ). KEGIATAN INI MERUPAKAN KEGIATAN TAHUNAN JAWATANKUASA TAKMIR BALAI IBADAT KG.SENGKARAI, TUTONG DAN PADA TAHUN INI, SEBANYAK LIMA (5) BUAH RUMAH TELAH TURUT SERTA. BERIKUT ADALAH ANTARA SUASANA MALAM-MALAM TERSEBUT :